Tarikh : 15 & 16 Ogos 2009
Mula Kayuhan : 6.45 Petang
Rider : 15 Orang
Ahmad Man
Alias Bidor
Ahmad Mayzian
Badrul Hisham
Badrul Hisham Jr.
Badrul Manan
Edy Manjung
Ismail Tk Intan
Kamal Japlawi
Madzli Manong
Madzli Manong Jr. Shahrul
Shahrul Jr.Suhaimi Jaafar
Suzaimi Alias
Terima kasih pada En. Azmi Bin Asri ( Assakinah Cycling Club ) yang bersusah payah mencari dan menempah penginapan yang selesa di Rumah Rehat KKB. Jasa tuan amat saya hargai.
Terima kasih juga pada En. Badrul Hisham a.k.a. wak kerana bermurah hati menyediakan jamuan kepada semua peserta serta menguruskan tempat parkir untuk kenderaan peserta kayuhan.
Terima kasih pada SMK Sg. Kruit kerana membenarkan kami menggunakan parkir dan tandas sekolah.
Hari Pertama ( 15 Ogos 2009 )
Setelah sebulan merancang dan berurusan, akhirnya terlaksana Kayuhan Sungkai - Kuala Kubu Bharu - Sungkai 2009. Rider dijadual berkumpul di rumah Wak jam 1.30 petang untuk jamuan ringkas dan memulakan kayuhan pada jam 1500.
Namun kayuhan terpaksa bermula lewat kerana dua orang rider Slim River ditimpa musibah. Shahrul & Shahrul Jr. telah disamun oleh tiga lelaki berusia sekitar 50an. Memandu kereta Honda Civic putih / Silver WRN 6398. Modes Operandi yang digunakan - berhentikan kereta di hadapan dan seorang akan berpura-pura kencing tepi jalan. Apabila rider sampai, mereka akan menangkap anak dan menyamun bapa. Harap rider lain berhati - hati dengan situasi seperti ini. Menurut polis, kemungkinan penjenayah ini sedang menuju ke sesuatu destinasi dan spontan merompak bila ada peluang di pertengahan jalan.
Selesai menguruskan kes Shahrul, baru semua rider memulakan kayuhan ke KKB. Shahrul & Shahrul Jr. menarik diri kerana masih trauma dengan malang yang menimpa. Jam 6.45 ptg baru kayuhan dimulakan. Sepanjang laluan Sungkai ke Tanjung Malim rider dijamu dengan anak - anak bukit yang lanjut, hujan renyai - renyai ( sekali sekala petir ) dan gelap malam. Rider memang dah dimaklumkan supaya membawa lampu jikalau terpaksa kayuh ketika cuaca gelap. Almaklum sejak seminggu dua yang lalu kawasan Sungkai asyik mengalami hujan petang.
Singgah makan malam kat Kolej Kediaman Aminurashid jam 10 Malam. Lepas perut dah berisi baru kami terus menuju ke rumah rehat di KKB. Check in dan terus tidur.
Hari kedua ( 16 Ogos 2009 )
Tepat jam 8 pagi, semua rider terus meninggalkan rumah rehat KKB. Kayuhan hari ni lancar tanpa masalah. Sepanjang kayuhan pulang, cuaca baik dan rider terakhir sampai ( Ismail Tk Intan merangkap swipper ) jam 1 ptg. Alhamdulillah semua selamat. Kayuhan kali ni memang banyak memberikan ilmu baru. Terima kasih pada semua rider yang sudi meluangkan masa untuk bersusah payah di atas basikal berkayuh ke KKB. Sokong tuan amat bermakna bagi saya. Terima Kasih.
Aik.. gambar terbalik ?