Sabtu, 6 Jun 2009

MINI TOURING - SOLO MISSION SOLO RIDE

Alhamdullillah. Syukur kerana perjalanan selamat. Terima kasih pada semua yang banyak membantu dalam menjayakan angan - angan ini yang akhirnya menjadi realiti.

Terima kasih pada En. Suhaimi, Bg. Jamaludin dan bikers dari Taiping yang sudi menghulurkan bantuan. Juga terima kasih kepada En. Madzli dari Manong yang banyak berkongsikan idea dan pengalaman.

Terima kasih juga pada Bikers dari HawkMTB yang sudi menghulurkan bantuan. Pon & Pon. Kepada Abg Non Marvellous yang sudi meluangkan masa dan tenaga menunjukkan jalan yang selamat dan mudah untuk ke SP. Bantuan Abg Non melebihi dari apa yang saya harapkan.

Kepada Bg Said TRJ, Pak Cik Mail dan Bg Ramly SP terima kasih atas nasihat dan galakkan.
( kira saya masukkan kawasan SP tu dapat perlindungan la no dari otai - otai )

Juga terima kasih pada Nyan 46 RCT dan Bad RCT kerana memberikan semangat dan galakkan untuk menamatkan kayuhan.

Terima kasih juga pada Mat Kedah dan Razif Baling yang memberikan kata motivasi a.k.a psiko untuk menamatkan mini touring.

Akhir sekali terima kasih pada semua rakan2 MTB yang memberikan sokongan untuk melaksanakan MINI TOURING - SOLO MISSION SOLO RIDE ini. Alhamdullilah berkat doa tuan akhirnya saya selamat sampai ke destinasi. <<<<-- ( ayat skema ni ).. haha


Bangun sebelum pukul 6 pagi. dah settle urus diri pukul 6.30 pagi. Tayar golek jam 6.40. Awal 20 minit dari planning.

Kabus masih tebal. jalan nie dah menghala ke Kg Gajah.










Jalan Manong ke KKangsar. Sunyi dan teduh. Jalan raya ana yang punya.




Belakang Petronas Pdg. Renggas ada rumput karpet. Siap pokok delima tu teduhkan lagi. aku sempat baring and lelap 1 jam kat sini.



Kat sebelah kira tu highway. Sebelah kanan jalan lama.

Panjat Bukit nie tak teruk. tapi ada risiko. Lori, bas dan kereta semua laju - laju. ruang untuk aku kayuh kurang 1 meter lebar. Ruang tepi jalan nie banyak kayu, batu kaca. Time awek lalu pun aku tak layan. sayang nyawa lagi oo.



Mr. Suhaimi bawak minum dulu kat Restoran Larut. Bagi aku kenal - kenal dulu dengan geng Taiping.


Tq Cikgu Jamaludin sebab bekalkan kurma.



Mr. Madzli dari Manong. Tq sebab belanja karbo loading malam tu.

Starting point hari kedua.
Sesiapa yang nak mai kenduri / bercuti kat Taiping boleh call Mr Suhaimi untuk sewa rumah nie. 3 bilik tidur 2 bilik air. No hp dia boleh mintak kat aku.

Rumah Mr Suhaimi.

Merida Carbon Mr Suhaimi


Basikal antik. Tapi crank Shimano XT.

Hari kedua. Jarak kayuhan semalam 155.67 km. Teluk Intan ~ Taiping.




Masjid lama kawasan Bagan Serai.
Sekarang dijadikan tempat budak budak mengaji Al - Quran.

Masjid baru.

L- R : Cikgu Jamaludin dengan Mr. Suhaimi

Mr Halim

Cikgu Mail. Warga baru MTB Taiping.


L -R : Mr Halim and Mr Suhaimi


Border P.Pinang

Pancit kat Nibong Tebal.


Jenuh nak pam tayar 2.1.

Pon balik kerja terus jumpa kat Char Kuew Teow Sungai Dua

Jan HawkMTB. Sempat ajak aku letak basikal kat thule kereta dia. dia nak tolong hantar ke Perda. Nasib baik tak tergoda

Starting point untuk hari ketiga.

Pot Team Marvellous lepak

Pagi ketiga. Kayuh tanpa stress. Dah last day.

Bang Non saja letak beg touring dia. Nak bagi ada feeling touring.


Kata Bg Non dia saja nak bawak aku ronda - ronda. Satu - satunya highway yang berada di tepi pantai di Malaysia. Lingkaran Luar Butteworth.

Pon HawkMTB dengan Bg Non

Henjutan Bg Non 33 - 38 KMJ memang banyak mempercepatkan aku tiba ke Sp. TQ Bg Non.

Pak Cik Mail and Bro Said TRJ. Terima kasih bang sebab sudi follow sampai hujung pekan Sp.

Mr. Ramly Sp and Zali Rapid Fire
Tengah badan dok haus tengok ada orang jual tembikai kat kawasan Perwaja. terus aku berhenti bahan sebiji tembikai kat situ jugak.. haha

Time nie aku punya mind setting just ride for fun. Sempat singgah baham tembikai dulu. Badan dah kering air nie. air mazi pun dah habis.

Tengah snap picture nie Nyan 46 berhenti kereta belakang aku.
Dapat gak jumpa geng RCT.

Nyan 46. Kenapa bukan 69 ? skill baru ka? Apa pun terima kasih la sebab sudi tegur aku. nanti ada rezeki kita panjat GJ sama2.

Nak join geng MTB utara panjat G. Jerai tak dapat.
So bergambar dengan signboard pun boleh la.

Hadiah untuk diri sendiri. Tembikai yang tadi tak habis makan.

TQ Bad. Sebab hang sudi pusing jauh untuk bagi support kat aku.


Baru masuk kawasan Tandop.

Masjid Zahir

Menara Alor Setar.

Lepas ja snap picture nie Mat Kedah call. Macam tau - tau tengah masuk kampung dia. Kata Mat Kedah aku dah buat TOURING TO NORTH. Tapi aku rasa tak lengkap. kena tamat kat Hadyai baru betui. Orang kata Hadyai tu kawasan paling utara kat Kedah,Perlis.


Tgh dok kayuh perut tiba2 lapar tak ketahuan punca. Sampai Simpang Empat terus order. " Bg Dan, bihun sup special letak daging jaa. Buat 2 pinggan. " Lepas tu Bg Dan jangan tanya.


Akhirnya tiba di finishing point. home sweet home

Jarak keseluruhan MINI TOURING - SOLO MISSION SOLO RIDE 390.5 KM