Terima kasih pada En. Suhaimi, Bg. Jamaludin dan bikers dari Taiping yang sudi menghulurkan bantuan. Juga terima kasih kepada En. Madzli dari Manong yang banyak berkongsikan idea dan pengalaman.
Terima kasih juga pada Bikers dari HawkMTB yang sudi menghulurkan bantuan. Pon & Pon. Kepada Abg Non Marvellous yang sudi meluangkan masa dan tenaga menunjukkan jalan yang selamat dan mudah untuk ke SP. Bantuan Abg Non melebihi dari apa yang saya harapkan.
Kepada Bg Said TRJ, Pak Cik Mail dan Bg Ramly SP terima kasih atas nasihat dan galakkan.
( kira saya masukkan kawasan SP tu dapat perlindungan la no dari otai - otai )
Juga terima kasih pada Nyan 46 RCT dan Bad RCT kerana memberikan semangat dan galakkan untuk menamatkan kayuhan.
Terima kasih juga pada Mat Kedah dan Razif Baling yang memberikan kata motivasi a.k.a psiko untuk menamatkan mini touring.
Akhir sekali terima kasih pada semua rakan2 MTB yang memberikan sokongan untuk melaksanakan MINI TOURING - SOLO MISSION SOLO RIDE ini. Alhamdullilah berkat doa tuan akhirnya saya selamat sampai ke destinasi. <<<<-- ( ayat skema ni ).. haha
Bangun sebelum pukul 6 pagi. dah settle urus diri pukul 6.30 pagi. Tayar golek jam 6.40. Awal 20 minit dari planning.
Belakang Petronas Pdg. Renggas ada rumput karpet. Siap pokok delima tu teduhkan lagi. aku sempat baring and lelap 1 jam kat sini.
Panjat Bukit nie tak teruk. tapi ada risiko. Lori, bas dan kereta semua laju - laju. ruang untuk aku kayuh kurang 1 meter lebar. Ruang tepi jalan nie banyak kayu, batu kaca. Time awek lalu pun aku tak layan. sayang nyawa lagi oo.
Starting point hari kedua.
Sesiapa yang nak mai kenduri / bercuti kat Taiping boleh call Mr Suhaimi untuk sewa rumah nie. 3 bilik tidur 2 bilik air. No hp dia boleh mintak kat aku.
Sesiapa yang nak mai kenduri / bercuti kat Taiping boleh call Mr Suhaimi untuk sewa rumah nie. 3 bilik tidur 2 bilik air. No hp dia boleh mintak kat aku.
Sekarang dijadikan tempat budak budak mengaji Al - Quran.
Jan HawkMTB. Sempat ajak aku letak basikal kat thule kereta dia. dia nak tolong hantar ke Perda. Nasib baik tak tergoda
Kata Bg Non dia saja nak bawak aku ronda - ronda. Satu - satunya highway yang berada di tepi pantai di Malaysia. Lingkaran Luar Butteworth.
Tengah badan dok haus tengok ada orang jual tembikai kat kawasan Perwaja. terus aku berhenti bahan sebiji tembikai kat situ jugak.. haha
Time nie aku punya mind setting just ride for fun. Sempat singgah baham tembikai dulu. Badan dah kering air nie. air mazi pun dah habis.
Nyan 46. Kenapa bukan 69 ? skill baru ka? Apa pun terima kasih la sebab sudi tegur aku. nanti ada rezeki kita panjat GJ sama2.
Lepas ja snap picture nie Mat Kedah call. Macam tau - tau tengah masuk kampung dia. Kata Mat Kedah aku dah buat TOURING TO NORTH. Tapi aku rasa tak lengkap. kena tamat kat Hadyai baru betui. Orang kata Hadyai tu kawasan paling utara kat Kedah,Perlis.
8 ulasan:
Mael..,tahniah aku ucapkan kerna brjaya ngan selamatnya solo touring..,salute to u mael..-
Salam Ismail (ITI)...
Tahniah aku ucap.. bangga aku tgk hang sebab berjaya menamatkan Kayuhan Solo Mission... Memang kagum dengan pencapaian kayuhan hang kali nie.. TAHNIAH and TABIK SPRING..
comelfz & mat kedah > tq. alhamdulillah semua selamat. nanti kalau ada masa yg sesuai boleh join redflag punya projek.
Wah! teringin nak buat...tapi kene tunggu anak dah besar la nampaknya....Tahniah Bro Mael...Tgk gambar menghala ke Kg. Gajah mcm dekat selekoh kg tersusun telok memali je...
nasir > mmg kat kawasan tu. org situ ke? kat tepi2 parit tepi sungai tu lubuk utk kaki pancing haruan tuu..
ha'ah..asal orang kampong gajah...tapi la ni dok gopeng. Rumah parent ada lagi di sana. Dulu masa kecik suka ikut abang saya tahan taut..sekali pi tgk dapat la dalam 5 ekor kene ikan haruan atau bujuk...buat serunding le...
..tahniah!!tahniah!!tahniah!!!!!!!from TOKI Manjung....
Toki. tq. Bila lagi kita nak ride sama2 ?
Catat Ulasan