Aku malas nak cerita pasal jamboree.. Cuma aku nak berkongsi idea tentang satu projek lain yang boleh dilaksanakan oleh group MTB untuk menambahkan dana / akaun kelab. Untungnya mungkin tak banyak macam Jamboree Tepengggg..
Aku cadangkan mana2 group MTB / individu menganjurkan kursus penyelenggaraan MTB / RB. Kursus dengan durasi 1 hari. Panggil mekanik yang betui2 ada tauliah. Bukan pomen kedai basikal Ling Kup Kau. Mesti sambutan hangat. Dalam 600 - 800 Rider yang masuk jamboree.. mesti ada rider yang sifar pengetahuan tentang selenggara basikal. Termasuklah aku.
- kursus selenggara. ( bagaimana memasang menjadi sebuah basikal, memasang fork dan crank dan lain2 yang difikirkan wajar )
- kursus selenggara lanjutan. ( Bagaimana servis fork, setting gear dan lain2 yang difikirkan wajar )
Guna konsep macam PIKOM PC FAIR ( jika sesuai ) iaitu penganjur mengadakan kursus di dewan / tempat yang dekat dengan golongan sasaran.
Saiz kursus sesuai sekadar 30 orang peserta. Kalau lebih kena ramaikan tenaga pengajar.
Bayaran seperti jamboree. RM 50 cukup!!!!!!!
Aku harap ada pihak yang sudi tampil melaksanakan kursus ini..
Sekian.