Selasa, 19 Januari 2010

Kursus Penyelenggaraan Basikal MTB / RB.

Jamboree.. Jamboree..Jamboree..

Aku malas nak cerita pasal jamboree.. Cuma aku nak berkongsi idea tentang satu projek lain yang boleh dilaksanakan oleh group MTB untuk menambahkan dana / akaun kelab. Untungnya mungkin tak banyak macam Jamboree Tepengggg..

Aku cadangkan mana2 group MTB / individu menganjurkan kursus penyelenggaraan MTB / RB. Kursus dengan durasi 1 hari. Panggil mekanik yang betui2 ada tauliah. Bukan pomen kedai basikal Ling Kup Kau. Mesti sambutan hangat. Dalam 600 - 800 Rider yang masuk jamboree.. mesti ada rider yang sifar pengetahuan tentang selenggara basikal. Termasuklah aku.
  • kursus selenggara. ( bagaimana memasang menjadi sebuah basikal, memasang fork dan crank dan lain2 yang difikirkan wajar )

  • kursus selenggara lanjutan. ( Bagaimana servis fork, setting gear dan lain2 yang difikirkan wajar )

Guna konsep macam PIKOM PC FAIR ( jika sesuai ) iaitu penganjur mengadakan kursus di dewan / tempat yang dekat dengan golongan sasaran.

Saiz kursus sesuai sekadar 30 orang peserta. Kalau lebih kena ramaikan tenaga pengajar.

Bayaran seperti jamboree. RM 50 cukup!!!!!!!

Aku harap ada pihak yang sudi tampil melaksanakan kursus ini..

Sekian.

7 ulasan:

burger berkata...

idea yang menarik...pernah terpikir nak buat kt poli tapi terbantut sbb student tk berminat...boleh diketengahkan...

assry nasir berkata...

bagus sekali idea nie..sekurang2nya..dapat la jugak menjimatkan kos untuk service basikal...dan ilmu ini dapat dipergunakan especially bila masuk jamboree...tahniah..teruskan usaha2 begini.
assry
http://puncakjalilmountainbike.blogspot.com/

nasirGpg berkata...

Bagus tu...elok bebenor la..tapi kene cari yg betul2 nak kongsi ilmu..kalau tak hancur beskal..lagi satu tools pun kene ada..

Tanpa Nama berkata...

Gerekgunung pernah buat .. mungkin ada lagi, contact new chairman .. AbgWan

Kursus MTB part 1 JMTi

http://gerekgunung.blogspot.com/2009/10/kursus-mtb-jmti-part-1.html

zack gerekbukit berkata...

Bla nak mula...... aku nak daftar..
Setuju 100%

deenBPJ berkata...

setuju 1000%. jadikan pendaftaran bagi tools ganti jersey mcm jambori.

loyal_creed berkata...

saya sokong...saya sokong...benda ni tak rugi kalo pegi....ilmu...