Rabu, 24 Februari 2010

Sri Iskandar.. Tolak + Panas = Padan Muka

Sampai ke saat aku mengupload blog nie badan masih ada rasa letih dan kering.. Tu dia penangan Sri Iskandar Jamboree. . Sejak awal memang aku dah niat untuk kayuh dari belakang. Nak rasa macam mana kayuh jadi penyapu. Kira nie persediaan untuk RUN 10.

7.3++ pagi terus berlepas. Time nie terus aku teringat saat berpeluang menjadi water resque untuk Ironman Langkawi 2004. Naik kayak tunggu kot2 ada org krem dalam air. Penganjur tembak bunga api untuk perlepasan. Mungkin RUN 10 boleh buat macam tu.

Bila sampai Sri Iskandar terus aku teringat ayat pedas mak aku..
"Hang nie la.. kayuh gerek jauh2 larat.. tengah panas pun kuat.
tapi nak naik moto pi jemaah kat masjid pun slow". Aku faham
mesej yang dia nak sampaikan..


Ajis tengah cover perut ka ?





Pyan.. nanti ada rezeki kita kayuh RUN 10 plak..
Hidup Perlis. hang ajak cikgu Kajai turun sekali.

Wakil KHT kena jawab. Awat hampa tinggai dia kayuh sorang2.
Nyaris2 nak mintak berpaut pada kereta polis. Haha

Sapa la orang kat bawah tu.. naik bukit pun tolak basikal.. turun bukit pun tolak basikal..


Geng MCT. Hampa tengok trek mana yang sampai tersesat tu.. haha

Terima kasih Abg Azmi Assakinah kerana bantu saya tahun lepas.
Jasa baik Tuan amat saya hargai..

Nasir wakil team Norco, Mael wakil team Merida.

Tahniah Pak Nasir dan penganjur. Jamboree Sri Iskandar akhirnya terlaksana. Teringat masa aku kayuh serlow2 kat Teluk Intan. Pak Nasir naik moto datang tegur.

Terima kasih tidak terhingga pada En. Madzli yang menyediakan penginapan.




Tiada ulasan: