Isnin, 9 November 2009

Self Defence Hot Pepper Spray

Cerita ni dah lama aku nak kongsi. Dulu time aku Solo Ride Teluk Intan - Perlis tak terfikir pasal benda nie. Mau kena samun kat kawasan Manong memang putih mata la. Sapa nak tolong.. ???? Jalan sunyi kawasan hutan. Time tu badan dah letih lalu ( larat ) ka nak bergasak dengan penyamun ?

Sebelum tu time kayuh Betong Ezi Ride, sewaktu pulang Tandope ada cakap budak skuter dua tiga kali datang tegur dia sambil dok tengok atas bawah2 ( macam mak dara tengok kasim selamat ). Mau time tu kena samun memang rezeki terhidang la.

So, sekarang dah ada pepper spray ( benda nie lama dah ada ) , boleh simpan dalam poket belakang baju.

Apa guna basikal harga macam kereta kancil ????

Apa guna jersi mahal - mahal ???

Apa guna wheel set basikal mahal dari sport rim kereta ??

Apa benda aku melalut nie..

Kalau benda nie dipandang sepi dan remeh... Nanti dah kena samun baru nak merungut.. Justeru itu, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan basikal supaya beli pepper spray dua unit. Apsal beli lebih ? Yela yang satu lagi beli kasi kat aku laaa..

Sekian.. * sapa2 yang dah beli benda nie tolong habaq sat nak beli tang mana ?

Rabu, 4 November 2009

Jersi KayuhBeb Cawangan Teluk Intan

Akhirnya jersi yang ditunggu lebih sebulan dah ada depan mata. Dah sempat sarung ke badan. Terima Kasih kabinet KayuhBeb sebab meluluskan permohonan aku. Tq.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Solo Ride Ti Song


Perkara : Solo Ride Ti Song
Route : Tk Intan ~ Bidor ~ Sungkai ~ Sg Ti Song ~ Sungkai ~ Bidor ~ Tk Intan
Distance : 137 km
Rider : Solo Ride

Kayuhan nie memang lama aku idamkan. Dah lama jugak dok tangguh hajat nak merentasi laluan beralun - alun dari Bidor ~ Sungkai ~ Sg. Ti Song. Kalau lalu dengan kereta memang best ja tengok alun nie. tapi kali nie aku try naik basikal plak ikut laluan nie. Nak tengok apa yang jadi ?

Kali ini memang aku betul2 kena getah. 40 Km pertama masih ok. Semua berjalan lancar. Tapi lepas kilometer 42 sebaik saja masuk laluan Bidor ~ Sungkai ~ Sg Ti Song memang terasa perit. Hidangan laluan beralunsepanjang laluan bidor ~ sungkai ~ sg. ti song memang boleh menjatuhkan moral. Jumlah alun yang banyak , panas terik dan bahang minyak bitumen ( jalan baru turap ) memang menambahkan azab kayuhan hari nie. Ntah berapa botol 100 plus aku habiskan. Sempat singgah tepi jalan makan jambu ( saja rehatkan badan jap ). Laluan pulang pun kena rentas kawasan beralun. Masuk kawasan Bidor ~ Tk Intan lagi azab. Matahari tepat atas kepala. jadi daging salai la aku. Panas terik siap kena lawan angin lagi. " masak la aku kali nie ". Dalam hati memang tak sabar nak finishkan kayuhan ja. Walau bagaimana pun jarak 137 km sudah cukup untuk aku rasa berbaloi dengan " kerja gila " hari ni..






Baru kayuh sampai langkap dah terserempak dengan wan imegresen. tak sempat nak borak lama dengan hang. nanti kita ride pusing tapah ka kalau ada masa.



Nie alun yang pertama aku layan. banyaknya alun sampai aku pun tak larat nak senyum.




Tengah ghairah dok kayuh nampak plak paku nie. Sebagai pengguna jalan raya yang tak bayar cukai, maka ini adalah balasan aku kepada kereta dan motosikal. Selamat la satu tayar kereta.
Nie mau dia tikam tayar aku... mau tembus sampai kong gerek aku woii..



Jalan baru turap. Memang tak da gegar tapi kat depan minyak jalan pun tak kering lagi. bahang dunia nie..



Mesej dari orang asli kat Sg, Ti Song.


Tidak dibenarkan pencerobohan tanah adat orang asli Kg Sg Ti Song.


Destinasi aku Sg. Ti Song. Tempat nie memang best untuk layan white water rafting. Paling kurang pun kalau dapat turun dengan tube lori pun syok.


Laluan balik nie ja yang teduh. Menuju ke Menderang. Tempat Jab. hutan bela seladang.




Sebab penat yang aku sendiri pi cari.. maka semasa pulang aku malas nak ambil gambar. Sampai rumah dah 2.30 ptg.

Rabu, 21 Oktober 2009

KPLR 09 - Tahniah Penganjur


Sawadeekhap. Pom rak meuang thai.

Tahniah kepada kabinet KPLR 09. Kesungguhan tuan merancang, mengurus dan melaksanakan usaha ini memang hebat. Semoga KPLR 10 bakal menyusul.

GILA. Tu ja yang boleh digambarkan. Aku secara peribadi rasa puas dengan tahap kerahan kudrat semasa KPLR. Memang aku try pushing to the limit. Kiranya aku merasa semua tahap kelajuan rider. 35 - 38 kmj, 25 - 30 kmj, 7 kmj ( climbing wang kelian ) dan 20 - 25 kmj ( time ni aku mmg lapar. Asal jumpa siam jual buah ja aku nak berhenti beli ).


Kat bawah nie serba sedikit debaran, penderitaan, penyiksaan, kelaparan, kehausan, kepanasan, kepenatan dan #$>%^%^&&. Ha ha ha


Gambar kat atas nie time aku melalui Tol Sg Dua. Ramai sungguh nak balik kampung. Masing2 ada agenda sendiri, ada yang nak pi kenduri, nak buat kenduri, ada yang nak hampok buah nyoq tapi time nie aku yang paling " khun ba ". Dok saja2 nak pi kayuh masuk siam.


Rupanya ada jugak yang sama2 Khun Ba macam aku.
Sanggup meninggalkan keselesaan di rumah dan keenakkan berkeluarga semata - mata mencari susah memanjat WK dan jadi daging salai di bawah terik matahari. Baru sampai Gurun time nie.

From Left - Abg Ai & Madzli
Time nie kami singgah isi usus dulu. Usus panjang aku dah mula lapar.
Pekena roti canai dekat Nashmir Jitra. Pastu Madzli call Abg Ai. Mintak nasihat sikit.

















Tengah dok ragaih WK terserempak plak dengan Wa Mat XTR kita. Baru lepas layan WK.
Wa Mat apsal tak kayuh ke Songkla ?



Beratur macam nak pi mengundi.












E, Penang mai. hang jangan buat lece rider Penang.
Orang siam tak kirim buah salak ka?

240 km. Agak2 berapa banyak la lemak yg terbakar. Tapi rasanya lemak yang aku dok telan lagi banyak sebab lepas kayuh tu aku makan macam hantu. Dua hari lepas kayuh pun selera besar lagi. Sampai ada member tegur " hui, hang tak habih makan lagi. "

118 kmj ? Adakah aku pemegang rekod terbaru downhill WK ?
Adakah ini kelajuan semasa aku henjut dok ligan Toyota Commuter Siam ?
Ntah la. Meter aku jadi gila lepas masuk siam.