Rabu, 22 April 2009

MERIDA ? GIANT ? BASIKAL BARU BAKAL MARI


MY BIKE TOO SEXY VERSI LADIES..

Bakal muncul.. Bakal kayuh.. Setelah kena racun cap kerusi malas.. Mengambil contoh SAID TRJ.
Kena racun awal2.. sat gi bini bising sabtu ahad tak dok rumah. Lagi haru..


Ahad, 19 April 2009

UPSI MTB CHALLENGE

UPSI MTB CHALLENGE
TARIKH : 12 APRIL 2009
LOKASI : TASIK PROTON
JARAK 1.1 KM

Mula2 tahniah kat penganjur. Nanti tahun depan boleh buat jamboree plak. mesti lagi gempak. kawasan TM tu banyak trek offroad yg lazat2..

Time daftar aku ada dengar sorang bro nie tanya ? apsal tak dak goodies ? dalam hati aku : > HELLO BRO awak bayar RM 15 nak demand lebih2 plak. hadoi

TAHNIAH. USAHA PENGANJUR TELAH MENYEMARAKKAN LAGI NAFSU PENGGEMAR AKTIVITI BERBASIKAL MTB. TAHUN DEPAN AKU JOIN LAGI.. HAHA


Time on the way nak ke TM dah layan hujan. Trek mesti jadi bendang punya.. sapa suruh join.

Awal2 lagi aku sampai. belum ada manusia lagi.
harap penganjur dapat mulakan race lebih awal..









Kalau tapak kaki dah tenggelam mcm nie. agak2 tayar basikal nanti jadi gena la..


Hui.. mcm kat ACEH plak.

Taklimat sebelum race. tengok pada bayang2. agak jam pukul berapa?

L - R : Zul, Ismail, Zack & ? lupa tanya nama.

Geng KHT dan Azmi As- sakinah cycling club ( baju Merah )

Azlee and Azizi . Bro dua org nie tgh cuti dgn famili.
tgk2 ada race terus join. Tahniah bro.

Pose selepas kejadian. sampai hari nie aku belum cuci.
basuh tempat wajib ja dulu..

Jumaat, 10 April 2009

KERUGIAN SEMASA BETONG EZI RIDE

RUGI.. MEMANG RUGI.. bila buka blog member2 dok story pasai channel 8 pastu siap posting gambar katil lagi.. nanti kalau ada lagi ride ke Siam aku nak tidur buang semalam dua la.. tgk katil pun dah rasa menyesal kayuh balik hari tuu.. hadoiii..


Selasa, 7 April 2009

BETONG EZI RIDE - KAYUH XTREM - MAKAN XTREM - TIDUR XTREM

PERKARA : BETONG EZI RIDE SP ~ BETONG ~ SP
DIST : 166++KM
MEETING POINT : KELAB CINTA SAYANG
RIDER : 32 START DARI SP 7 START DARI BALING

Hadoi.. macam mana la aku nak start story nie..kalau ikut plan asal aku nak kayuh sp - baling - sp ja ( sebab Ahad ada hal ) pastu dapat call dari ADIHARRIMAN.COM dok racun ajak full ride sampai Betong. Maka terlaksanalah SP ~ BETONG ~ SP ONE DAY RIDE.

DI BAWAH NI NAMA RIDER YANG NEKAD NAK BALIK SEMULA KE SP
SESUAI LA DENGAN SERUAN MR RAMLY SP '' TRAIN YOUR LEG - TRAIN YOUR BRAIN "

1 - ADI HARRIMAN.COM
2 - CIKGU FISOL
3- TANDOPE
4 - AMER
5 - ISMAIL TELUK INTAN

Mula2 terima kasih kat Bg Ly SP sebab buat kayuhan nie. Harap lepas nie ada kayuhan yang bersifat offroad plak. Nak post banyak gambar pun susah sebab kamera masih lagi buat hal. so sikit ja yang dapat dirakamkan. Aku ada gak copy dari blog member2. Kepala pun tgh semak jadi tak payah nak cerita banyak. Mai tgk apa yang ada.

Laluan alternatif. Saja nak rasa air galian Gunung Inas.
Semua dah ready nak masuk Siam.
Cikgu Fisol dari Alor Setar. Kuat betui dia kayuh.
Ada cucuk ATP-PC kat kaki ka?

Ni lah dia rider yang bakal mengharungi gelap malam hutan kat Kuala Ketil.
Muka masing2 lega dapat pijak bumi Malaysia.


Terima kasih Tuan Fadhil sebab sediakan petrol car. Rasa macam rombongan bapak menteri plak..

Tu dia silau tayar si Amer ni. Nie la gambar kat Kelab Cinta Sayang sebelum masing2 gerak balik.


7 jam 50 minit 47 saat tempoh masa di atas basikal. Naik kereta dari Tk Intan - Perlis pun baru 5 jam.

Nie la rekod peribadi aku.

Jarak kayuhan dalam sehari 166.83 km.


Lepas kayuh aku terus drive balik Tk Intan.
Tiga kali singgah tidur kat tepi jalan.
Hahaha..


* Maaflah sebab kamera aku tgh buat hal. asyik rosak ja. gambar pun sikit ja yang dapat disnapkan.
Jumpa lagi pada kayuhan seterusnya..





Ahad, 5 April 2009

CANOE POLO ATAU MTB

Dah lama aku nak post benda nie..
Betong Ezi Ride nanti aku post. tak banyak gambar sebab kamera aku ada problem sikit time tu..

Lepas ride SP ~ Betong ~ SP aku akan turun Tanjung Malim. ada Game Kayak/Canoe Polo dan MTB Time Trial. Tgh dok fikir mana satu nak join.. canoe polo ( major game aku ),
wallclimbing atau Mountain Bike.. hadoi..


Tu semua sukan yang dah bagi pingat untuk aku gantung kat rumah. Ops.. wallclimbing acara speed aku dapat no 2 tapi dapat duit, hamper dgn sijil ja. Tak da pingat.


Member2 Persatuan Kenu Perlis dok ajak main canoe polo.
" Hoi Mael, jom turun polo. Kami tak dak orang yang nak merangkak ( kayuh dgn tangan sambil mencelah kat depan gol )"



Member aku yg kerja KL mesej
"ang jgn macam-macam Mael. Sapa nak setting bola kat aku? "


Pastu member yg kerja JPJ kat Grik call " Mael, hang jadi ka turun Tanjung Malim? Paddle hang nanti aku boleh bawak dari kampung. Janji hang main. Kita nak hantar dua team.
Tak kurang jugak ada yang ajak main dgn team Putrajaya. Sorry bro aku ada ego n maruah. Aku hanya main utk team Perlis ja.

Sampai hari nie aku masih dok terfikir nak main canoe polo @ MTB.. Antara harapan member dengan keinginan aku untuk menikmati MTB. Canoe Polo mmg ada prospek pingat untuk team Perlis. Kalau aku join MTB mmg belum nampak apa2 prospek pingat.. dlm hati mmg dah melonjak2 nak masuk MTB. Borang dah isi cuma belum faks ja..

Break jap Canoe Polo. Bagi ruang utk junior aku main. Mr. The Crawl ( gelaran utk aku ) akan tgk dari atas ja kot.

Apa2 pun jom ride kat sp dulu.