Rabu, 29 Julai 2009

Jamboree Kedah


Mai oi mai cek mai.. kita ke negeri kedah..
mai oi bagi gramai.. jamu nasik kawah..

...naik kapai terebang.. turun kepala bataih..
...makan toksah bimbang..kami banyak beraih..

ikut lebuh raya..teruih ke Kayu Hitam..
jaga cek oi jaga..kereta menerhu nerang..

Nanti jumaat ptg time drive balik ke Perlis untuk Jamboree Kedah tu boleh la layan lagu nie.

Kepada rider dari luar Kedah yang kurang arif lokasi jamboree tu boleh ikut lirik lagu kat atas. Kalau dari arah selatan ikut lebuh raya terus ke Jitra. Sehingga plaza tol yang last sekali. Kat sebelah kanan ada tasik dan kanopi putih. Turun highway terus ke tasik tu. Tempat starting Jamboree Kedah.


Isnin, 27 Julai 2009

BALING INTERNATIONAL DUATHLON 2009

Acara : Baling International Duathlon 2009
Tarikh : 26 Julai 2009
Masa : 0800
Paparazi Bertugas : Razif Baling

Seminggu sebelum datang aku call Din Kroh ( sahabat lama yang selalu jumpa ). Minta izin nak masuk kawasan Pengkalan Hulu.
" Din, hang tolong carikan bilik murah2 kat aku. Untuk semalam cukup la"
" Hang mai dah la. Aku dah readykan bilik utk hang. Kalau tak dak bilik pun aku adjuz bagi ada jugak2. "

Pastu aku call plak Razif Baling. Mintak izin nak masuk kawasan Baling. Takut sat gi puak - puak Baling luku kepala aku plak.

26 Julai 2009


Aku antara mahluk Allah yang sampai awal untuk race hari tu ( budak baru kena la mai awal ). Belum pukul 0630 aku dah sampai starting point. Setting basikal, test, setting, borak & warm up sikit.

Dalam 08++ race start. Lelaki perempuan lepas beramai2. Aku tengok ja. Biar la depa yang laju pi dulu. Aku yang slow nie ikut dari belakang dah la. Sempak plak satu mamat nie cakap kat aku kita run for fun. Balas aku plak, " saya nie duathlon for fun "..

Alhamdulillah. Misi aku nak menamatkan duathlon berjaya malah lebih pantas dari target asal.
Sebelum bermula aku cuma berharap dapat habiskan dalam 3 jam. Tengah kayuh tu aku rasa boleh complete sebelum tiga jam. Lepas berbasikal terus berlari dengan kelajuan menyamai kelajuan siput babi. Dah la lari slow pastu ternampak plak kedai air sirap lengkong depan sekolah memandu Baling. Mau tergoda iman. Sampai ja finishing baru 2 jam 33 minit 42 saat. Ok la untuk aku yang dah lama sangat tak berlari.

Terima kasih untuk Din Kroh & Razif Baling sebab banyak membantu. Deroyan Baling memang best. Dia punya gas memang kawkaw. Kalau peram buat tempoyak pastu masak Gulai Patin Tempoyak.. makan plak bahagian perut ikan.. pehhh..

Kat Bawah nie sikit picture yg sempat aku snap. Picture lain aku curik dari Razif Baling.

Tayar ori Merida tukar guna tayar Continental Grand Prix 26 x 1.0




Power Bar Step 1

Step 2

Step 3

Muka sebelum kejadian.

Tok Wan baru sampai. Katnya tidur kat SP.

MTB aku check in sebelah RB CUBE.

Wakil Manjung. Azhar nie pernah kayuh dengan aku time kami pusing Pangkor.

1..2..3.. Lari.. Aku dok tinjau - tinjau gak kot2 ada cik-cik misi ka,
amoi St. John ka. hampeh.

Lega rasanya dapat kayuh basikal.
Dapat la over take amoi2 yang potong aku time lari.

Bike transition. Dah habis amoi aku over take. Time nie nak start lari semula.
Yang membuatkan aku gelak pada diri sendiri, semua amoi yang aku over take time berbasikal potong aku time berlari. Bila berlari belakang awek nie faham-faham la. Mata aku buat saham akhirat free ja..Hadoi. ( pasai tu aku bagi semua amoi over take aku, ada strategi lain )

Setelah 2 jam 33 minit 42 saat. Ketibaan peserta bernombor 224 disambut oleh Pembesar Jajahan Baling. Lega dapat sampai finishing. Semua muntah hijau yang nak terkeluar tu aku kulum-kulum telan semula untuk recycle jadi tenaga. haha

Rabu, 22 Julai 2009

DUATHLON MUNTAH HIJAU


PERKARA : BALING INTERNATIONAL DUATHLON 2009
TEMPAT : DEWAN TUN ABD RAZAK, PEKAN BALING
TARIKH : 26 JULAI 2009
JAM : 0800
TARGET : Menamatkan acara SAHAJA!!! Sebelum penganjur tutup meja.

RUN 6KM ~ BIKE 36KM ~ RUN 6KM
(lari-lari anak ~ berjalan ~ muntah hijau ~ tolong.... cik-cik MISI.. bawak ambulans mai sini)

Huh.. Seram sejuk seluruh badan. Takut dan bimbang macam budak tengah duduk atas batang pisang. Tunggu tok mudim sembelihkan. Baling International Duathlon 2009 nie aku punya first duathlon. Dub dab dub dab.. risau samada boleh lepas ke tak.. Agak2 kalau macam tak lepas berlari mau aku dengan wajah yang penuh ketenangan singgah kat kedai tepi - tepi jalan pekena sirap lengkong dulu kaa.

Rabu, 15 Julai 2009

Kayuhan Semanggol - Pangkor - Semanggol

Perkara : Kayuhan Semanggol - Pangkor - Semanggol
Kayuhan Tk Intan - Pangkor - Tk Intan ( cancel last minit )
Tarikh : 4 ~ 5 Julai 2009
Starting Point : Rumah Cg Suzaimi
Total Rider : 8

Kalau mengikut perjanjian pangkor 3, dua group akan kayuh ke Pangkor dan bermalam di Pusat Kokurikulum Pangkor. Group Semanggol dan Tk Intan akan bergerak pada pagi Sabtu dan bermalam di Pusat Ko. Ahad pagi bergerak pulang ke destinasi masing2.

Malangnya aku, hari Khamis petang dah kena cabut ke Penang. Dari Penang lepas solat Jumaat terus drive ke Pangkor. Cg. Mustapa kena jaga rumah ( anak tak de sapa jaga ) sebab orang rumahnya ke Terengganu.

Jadi yang tinggal hanya group Semanggol ja yang kayuh ke Pangkor.

Tahniah pada yang sanggup meninggalkan keselesaan di rumah untuk mencari penat di atas basikal. Penat lelah anda akan dibayar dengan nikmat kesihatan yang baik. Insyaallah.