Isnin, 27 Julai 2009

BALING INTERNATIONAL DUATHLON 2009

Acara : Baling International Duathlon 2009
Tarikh : 26 Julai 2009
Masa : 0800
Paparazi Bertugas : Razif Baling

Seminggu sebelum datang aku call Din Kroh ( sahabat lama yang selalu jumpa ). Minta izin nak masuk kawasan Pengkalan Hulu.
" Din, hang tolong carikan bilik murah2 kat aku. Untuk semalam cukup la"
" Hang mai dah la. Aku dah readykan bilik utk hang. Kalau tak dak bilik pun aku adjuz bagi ada jugak2. "

Pastu aku call plak Razif Baling. Mintak izin nak masuk kawasan Baling. Takut sat gi puak - puak Baling luku kepala aku plak.

26 Julai 2009


Aku antara mahluk Allah yang sampai awal untuk race hari tu ( budak baru kena la mai awal ). Belum pukul 0630 aku dah sampai starting point. Setting basikal, test, setting, borak & warm up sikit.

Dalam 08++ race start. Lelaki perempuan lepas beramai2. Aku tengok ja. Biar la depa yang laju pi dulu. Aku yang slow nie ikut dari belakang dah la. Sempak plak satu mamat nie cakap kat aku kita run for fun. Balas aku plak, " saya nie duathlon for fun "..

Alhamdulillah. Misi aku nak menamatkan duathlon berjaya malah lebih pantas dari target asal.
Sebelum bermula aku cuma berharap dapat habiskan dalam 3 jam. Tengah kayuh tu aku rasa boleh complete sebelum tiga jam. Lepas berbasikal terus berlari dengan kelajuan menyamai kelajuan siput babi. Dah la lari slow pastu ternampak plak kedai air sirap lengkong depan sekolah memandu Baling. Mau tergoda iman. Sampai ja finishing baru 2 jam 33 minit 42 saat. Ok la untuk aku yang dah lama sangat tak berlari.

Terima kasih untuk Din Kroh & Razif Baling sebab banyak membantu. Deroyan Baling memang best. Dia punya gas memang kawkaw. Kalau peram buat tempoyak pastu masak Gulai Patin Tempoyak.. makan plak bahagian perut ikan.. pehhh..

Kat Bawah nie sikit picture yg sempat aku snap. Picture lain aku curik dari Razif Baling.

Tayar ori Merida tukar guna tayar Continental Grand Prix 26 x 1.0




Power Bar Step 1

Step 2

Step 3

Muka sebelum kejadian.

Tok Wan baru sampai. Katnya tidur kat SP.

MTB aku check in sebelah RB CUBE.

Wakil Manjung. Azhar nie pernah kayuh dengan aku time kami pusing Pangkor.

1..2..3.. Lari.. Aku dok tinjau - tinjau gak kot2 ada cik-cik misi ka,
amoi St. John ka. hampeh.

Lega rasanya dapat kayuh basikal.
Dapat la over take amoi2 yang potong aku time lari.

Bike transition. Dah habis amoi aku over take. Time nie nak start lari semula.
Yang membuatkan aku gelak pada diri sendiri, semua amoi yang aku over take time berbasikal potong aku time berlari. Bila berlari belakang awek nie faham-faham la. Mata aku buat saham akhirat free ja..Hadoi. ( pasai tu aku bagi semua amoi over take aku, ada strategi lain )

Setelah 2 jam 33 minit 42 saat. Ketibaan peserta bernombor 224 disambut oleh Pembesar Jajahan Baling. Lega dapat sampai finishing. Semua muntah hijau yang nak terkeluar tu aku kulum-kulum telan semula untuk recycle jadi tenaga. haha

4 ulasan:

nasir berkata...

Tahniah bro...xde muntah hijau hhehe.. last pic siap ada dapat medal tu..

theIRONMAN berkata...

Nasir > medal untuk finisher. sapa2 pun dapat. tapi kira kepuasan la dapat complete duathlon tu.

TOKI Manjung - 019 5516368 berkata...

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! hang ni pandai buat lawak la..TOKI tegelak sorang-sorang bila dok baca duathlon muntah hijau hang..

walau bagaimana pun TERIMA kasih bebanyak pasai tolong bawak balik GOODIES Kedah Jamboree TOK..

theIRONMAN berkata...

toki > lawak untuk diri sendiri. saja syok2 join.. haha