Rabu, 22 Julai 2009

DUATHLON MUNTAH HIJAU


PERKARA : BALING INTERNATIONAL DUATHLON 2009
TEMPAT : DEWAN TUN ABD RAZAK, PEKAN BALING
TARIKH : 26 JULAI 2009
JAM : 0800
TARGET : Menamatkan acara SAHAJA!!! Sebelum penganjur tutup meja.

RUN 6KM ~ BIKE 36KM ~ RUN 6KM
(lari-lari anak ~ berjalan ~ muntah hijau ~ tolong.... cik-cik MISI.. bawak ambulans mai sini)

Huh.. Seram sejuk seluruh badan. Takut dan bimbang macam budak tengah duduk atas batang pisang. Tunggu tok mudim sembelihkan. Baling International Duathlon 2009 nie aku punya first duathlon. Dub dab dub dab.. risau samada boleh lepas ke tak.. Agak2 kalau macam tak lepas berlari mau aku dengan wajah yang penuh ketenangan singgah kat kedai tepi - tepi jalan pekena sirap lengkong dulu kaa.