Isnin, 18 Oktober 2010

KAYUH ESKTREM MAKAN EKSTREM TIDUR EKSTREM II

PERKARA : KAYUHAN PARIT BUNTAR - PERLIS
TARIKH : 16 OKTOBER 2010 ( SABTU )
JARAK : 173.61 KM
MASA AKTIVITI : 12 JAM 35 MINIT 30 SAAT
MASA KAYUHAN :8 JAM 23 MINIT 21 SAAT
2389 kcal kalori yang terbakar. kalori yang aku telan lagi banyak!!!!!

Alhamdulillah. Hasrat dan niat untuk kayuh pulang ke Perlis untuk tahun nie berjaya dilaksanakan dengan selamat. Dengan sekali mohon permit kayuhan dari pihak berkuasa (isteri ) kelulusan diberikan dengan syarat lapor status setiap 1 jam.

Perancangan awal nak mulakan kayuhan jam 5 pagi. Kononnya nak solat subuh di masjid Jawi dan elak heavy traffik kat Butterworth. Last2 start kayuhan pukul 6.22 pagi sebab tidur lewat. Mata susah mau tidur.

Jutaan terima kasih pada TEAM TEBUAN RIDERZ sebab selalu invite aku join offroad sekaligus membina stamina untuk melaksanakan kayuhan ni.


IKLAN > Sapa yang nak jual seluar basikal dan saddle touring murah leh la shout aku. kalau mahal aku lapik tuala wanaita dah la.. hahaha





Dek kerana tidur lewat kayuh pun mula lewat sikit. kalau mula jam 5 pagi sat gi mau pengsan aku time rembang. Silap2 dok wad kecemasan ja. kena tambah ayaq..




Muka sebelum kejadian. Gambar time lidah keluar sejengkal tu aku malas nak tunjuk. Menyahut cabaran hari ni dgn memakai jersi kayuhbeb. haha




Kampung Gurun. Masih dalam kawasan Jawi. Masa nie peluh belum berketui2 lagi.






















































173.61 KM.


Setakat ni ja average yang mampu aku mantain. Tu pun jenuh tendang.