Rabu, 9 Januari 2013

KAYUHAN KASIH 2


Tahniah pada penganjur! 

CYCLE 12 MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kejohanan sukan berbasikal ''Cycle 12 Malaysia'' (C12M) bakal diadakan di 12 negeri termasuk Sabah dan Sarawak, selama 10 bulan bermula Januari depan. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab berkata kejohanan yang julung kali diadakan itu akan mengetengahkan konsep sukan pelancongan yang mempromosikan sektor ekopelancongan negara. "Kita bakal menjelajah ke destinasi pelancongan terkenal di seluruh negara termasuk tempat yang mempunyai panorama indah sepanjang kejohanan itu. "Program seperti ini membolehkan aktivis sukan berbasikal bersaing secara santai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Cycle 12 Malaysia di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini. C12M menyasarkan penyertaan lebih 500 peserta melibatkan kategori ''road bike'' dan ''mountain bike''. -- LAGI SUKAN-BERBASIKAL (C12M) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR Kejohanan itu bakal bermula di Perlis diikuti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan berakhir di Melaka pada Oktober. Tiga gelaran yang bakal menjadi rebutan ialah ''King of Hill'' di Pulau Pinang, ''Sprint Champ'' di Terengganu dan juara keseluruhan yang ditentukan menerusi jumlah mata terkumpul sepanjang perlumbaan tersebut. Pelbagai acara sampingan akan diadakan sepanjang C12M termasuk karnival pameran dan jualan serta acara berbasikal ''Demo Trick'', ''Mini Race'' dan ''Gold Sprint'' di semua negeri terlibat. Ketua Pegawai Eksekutif Dame Events and Communications Sdn Bhd, Melina Mohd Sani berkata pihaknya yang juga penganjur kejohanan itu, menjanjikan pengalaman menarik sepanjang perlumbaan itu kerana peserta akan melalui, antaranya sawah padi, ladang tebu dan kampung nelayan. "Peserta akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM100 bagi setiap peringkat (negeri), namun begitu kita ada menyediakan pakej pukal (menyertai tiga, enam dan 12 peringkat perlumbaan) dengan diberikan diskaun supaya tidak membebankan mereka," katanya. Pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Dis ini dengan melayari laman web C12M di www.cycle12malaysia.com. -- BERNAMA