Khamis, 22 Julai 2010

Akibat Dedah Aurat - Akhirnya Dirakusi 17 Lelaki


N

IBONG TEBAL - Tindakan mendedahkan aurat oleh penduduk di kawasan Nibong Tebal dan Parit Buntar akhirnya mengundang padah apabila dirakusi oleh 17 lelaki.

Dalam kejadian sekitar jam 6 - 7 petang pada 22 Julai 2010 sekumpulan lelaki dianggarkan 17 orang telah memasuki kawasan kelapa sawit Bukit Tebuan. Kumpulan lelaki ini dipercayai telah kerap melakukan aktiviti mereka di kawasan Bukit Tebuan. Modes operandi kumpulan ini ialah bergerak di waktu petang ketika pekerja ladang kelapa sawit telah pulang.

Difahamkan mereka ini adalah sekumpulan lelaki berbasikal MTB telah merakusi laluan yang dipercayai bakal digunakan untuk Nibong Tebal MTB Adventure 2010 Darjah Dua. Melalui cerita yang didedahkan oleh Azahari Gerek Gunung ( Frame Giant 2010 ) dan Halim Bianchi Putih ( Kini Corratec ) E dan lim (bukan nama sebenar ), kawasan ini sering menjadi tempat mereka melempiaskan nafsu syahwat MTB jika mereka tidak berkayuh di kawasan bukit 300 kaki.

Menurut penduduk yang menyaksikan kegiatan ini, mereka percaya akan berlaku satu lagi aktiviti besar – besaran di kawasan mereka yakni NT MTBA 2010 Darjah Dua. Sehubungan dengan itu, mereka telah bersedia dengan semua kelengkapan dan persediaan rapi untuk membuka gerai minuman sekiranya terdapat peserta yang kehausan.

Setelah siasatan dijalankan, akhirnya terbukti tiada aktiviti yang menyalahi undang – undang oleh kumpulan lelaki ini. Di bawah ini disertakan gambar (aksi exotic? ) kumpulan lelaki ini yang menodai trek NT MTBA 2010 Darjah Dua.



Ahad, 18 Julai 2010

Homestay Untuk Peserta NT MTBA 2010


Lebih kurang 5 km dari USM.


Kurang 1 km dari USM


Kurang 1 km dari USM


Kurang 1 km dari USM


Kurang 1 km dari USM.




Paparan ini tiada kena mengena dengan Pihak Penganjur NT MTBA 2010.
Sekadar rasa ingin membantu rakan mtb yang datang dari jauh untuk menyertai NT MTBA 2010.