LOKASI : Teluk Muruh, Lumut
TARIKH : 8 & 9 Ogos 2009
Seminggu Sebelum Kejadian ( 2 Ogos 2009 )
Aku dapat mesej dari Pak Long " Ada ptandingan paintball, main dlm hutan. Aku dan sham nak kumpul team. 1 org Rm50. Lah ni ada 7 org. Perlu 12 org, 10 main 2 simpanan. 8hb ogos d teluk muruh, lumut. Minat ?
Lepas dapat mesej nie aku asyik terfikir ada masa ka nak pi main paintball. Nanti sangkut dengan kayuhan Antara Gapi plak. Tiga hari aku tak balas mesej tu. Lepas check dalam internet, confirm aku boleh join paintball. Baru aku reply mesej Pak Long. " Kalu masih ada kosong saya nak join paintball. Tq. Dua minit lepas tu terus Pak Long call cakap team baru ada 10 org. Cantik.
Hari Pertama 8 Ogos 2009
Time daftar aku tengok team lain semua pakaian ala tentera. Celoreng dari atas sampai bawah. Equipment pun lengkap. Bila tengok plak Team Dun Loong (team aku.. ) Pakai seluar ronda2, seluar trek, pastu 5 orang perempuan 7 orang lelaki. Team lain semua jantan gagah perkasa. hmmm jadi pasukan sayoyan ( sayur-sayuran ) laa.. kena ratah cicah ulam laa.
Jam 9 pagi Team Dun Loong masih kurang sorang. Kapten Pak Long last minit kena pi seminar plak. Aku sempat bergurau kat group aku " Pak Long harap muka ja ganas, tapi seminar pun tak boleh ponteng. Ha ha ha" Undi punya undi Team Dun Loong dalam group c.
C1 ~ Team Beret Hijoo ( Pejabat SUK )
C2 ~ lupa
C3 ~ lupa
C4 ~ Dun Loong
Team Dun Loong menang semua battle and terus jadi johan kumpulan.
Hari Kedua ( 9 Ogos 2009 )
Aku tak main. Terus ke Kayuhan Antara Gapi. Bila tiada kelibat jantan gagah perkosa Team Dun Loong telah dipandang rendah pihak lawan. Yela masing2 dok perasan kuat. Korang lupa yang badan korang tu besar senang nampak bila sembunyi kat belakang pokok. Separuh akhir Team Dun Loong menang. Musuh kecewa kalah dengan satu-satunya team yang ada member wanita. Lepas battle diaorang terus sedekahkan pallet yang ada untuk kami. Tq bro. Tapi jangan kacau aweks Team Dun Loong arr.
Final Team Dun Loong Vs Team SUK B.
Result ???? Jeng..jejengggg..Kat bawah nie sedikit gambar semasa kejadian.
Taklimat dan bacaan doa selamat. Hampa jangan tembak sarang pembiakan aku.
Masih suci belum guna lagi oiii.
Masih suci belum guna lagi oiii.
Start dari brother baju coklat sampai ke belakang. Team Dun Loong. Kat belakang tu ada 4 gadis jelitawan. Sanggup berbirat badan kena tembak. 1 awek lagi belum sampai.
Gaya jantan gagah perkosa. Muka sebelum kejadian. Kat belakang tu Team Dun Loong tengah merancang. Aku kena jadi pengebom berani mati.
Pak Long tengah rancang nak serang guna taktik isreal.
Kita masuk kawasan musuh, cari banker / pokok dan berperang dalam kawasan musuh.
Rampas dulu kawasan bendera musuh. Sham dengan aku jadi snipper. Bila battle masuk minit ke enam korang terus lari ikut tepi2 and serang dari belakang musuh.
* Kat kanan tu aweks Team Dun Loong
Kita masuk kawasan musuh, cari banker / pokok dan berperang dalam kawasan musuh.
Rampas dulu kawasan bendera musuh. Sham dengan aku jadi snipper. Bila battle masuk minit ke enam korang terus lari ikut tepi2 and serang dari belakang musuh.
* Kat kanan tu aweks Team Dun Loong
1 ulasan:
bro... team kami yg sedekah pallet kat dun loong kalah ngan team lain... kita mana jumpa... tapi takpa... kami mmg nak sedekah kat team yg low profile... kami ni team miskin... dirty dozen...
Catat Ulasan