Rabu, 5 Ogos 2009

Tahniah Crew Kedah Jamboree

Syabas dan tahniah pada YSB dan team yang bertungkus lumus menjayakan Kedah Jamboree.. Aku join sebagai crew untuk jamboree kali nie. Memang best dapat jumpa rider2 dari seluruh Malaysia.

Kat bawah nie sedikit review aku tentang Kedah Jamboree.

Rumusan aku :

1. Trek
Dari komen rider2 memang puas dapat layan trek yang menyajikan
keseronokkan climbing. Mungkin ada yang sanggup nak pinjam
lubang hidung kawan2 untuk bernafas. Penat lelah panjat trek balak
memang berbaloi sebab ganjaran DH yang mengghairahkan sampai ada
yang cakap "time DH aku memang tak bagi peluang. Memang layan "

2. Water Station
Mana2 rider yang sampai kat check point 3 akan dibekalkan dengan
air mineral + 100 Plus + pisang + rambutan. Sampai pukul 1 petang
minuman kat situ masih banyak. Buah pisang dan rambutan pun tak habis dimakan.
So aku terpaksa la membaham semua buah yang masih tinggal..

3. Goodies
Masih ada ruang untuk penganjur perbaiki. Aku secara peribadi tak kisah sangat pasal goodies
asalkan penganjur sediakan trek yang boleh memuaskan nafsu syahwat rider. Kalu aku yang
kayuh hari tu, perkara pertama yang aku nak mestilah trek yang cukup asam garam MTB.

Kepada rider yang Kuat >
Tahniah. Anda berjaya menakluki trek jamboree. Tahun depan aku pun nak kayuh.

Kepada rider yang Sederhana >
Jom kita sama2 prepare diri sebelum menyertai Jamboree. Dalam setiap jamboree memang kena ada climbing yang tinggi supaya kita dapat layan DH yang setimpal.
Nanti DH macam turun busut korang merungut plak.

Kepada rider yang kurang persediaan >
Jamboree MTB nie seperti nak pergi berperang.
Kalau jentera canggih tetapi askarnya kurang bersedia mesti kalah..
Basikal ribu2 pun kalau penunggangnya OKU
( Orang Kurang Usaha ) memang akan banyak merungut time climbing.

Apa - apa pun memetik satu mesej yang aku dapat dulu
( lupa ayat nie sapa punya ) " MTB nie memang memenatkan,
teruk dan seksa. Ibarat perempuan sakit nak bersalin.
Setahun dua lepas tu mengandung plak.
" Seksa macam mana pun bila dengar ada jamboree mesti nak join.

Gambar nie time first rider sampai untuk masuk offroad dusun Hjh. Norsiah



Abg Ron memang steady. Imej touring memang terserlah.

Razif Baling dgn Udin Hawk MTB. Yang lain tak sempat snap sebab laju sangat. Kamera aku macam siput.

Odd.. aku kat sini laa

Cikgu Fikri tengah tunggu Abg Ron.

Jeng..jejeengggg.. Abg Ron sampai ja terus aku bagi sticker check point 3.
Comelfz pun segera menghulurkan pisangnya.

Fuad RCT. Awat hang tak kayuh dengan geng RCT.
Hang tinggal depa ka depa yang tertinggal hang..

Orang kuat KHT. No plate aku pun tak jauh dengan hang. 110.

Burger Team Call Baru P

Jan Team Hawk MTB.

Chan NXT. Lama kita tak pi cari susah kat ataih Bukit Kodiang tu. Bila nak pi rabat lagi ?


Aku memang seronok tengok hang dah boleh racun bini join MTB.
Kayuh untuk kesihatan.

Tahniah kepada Adi Harriman, LonTruth dan rakan crew KJ. Anda dah melakukan penganjuran yang hebat.

Tiada ulasan: