Isnin, 9 November 2009

Self Defence Hot Pepper Spray

Cerita ni dah lama aku nak kongsi. Dulu time aku Solo Ride Teluk Intan - Perlis tak terfikir pasal benda nie. Mau kena samun kat kawasan Manong memang putih mata la. Sapa nak tolong.. ???? Jalan sunyi kawasan hutan. Time tu badan dah letih lalu ( larat ) ka nak bergasak dengan penyamun ?

Sebelum tu time kayuh Betong Ezi Ride, sewaktu pulang Tandope ada cakap budak skuter dua tiga kali datang tegur dia sambil dok tengok atas bawah2 ( macam mak dara tengok kasim selamat ). Mau time tu kena samun memang rezeki terhidang la.

So, sekarang dah ada pepper spray ( benda nie lama dah ada ) , boleh simpan dalam poket belakang baju.

Apa guna basikal harga macam kereta kancil ????

Apa guna jersi mahal - mahal ???

Apa guna wheel set basikal mahal dari sport rim kereta ??

Apa benda aku melalut nie..

Kalau benda nie dipandang sepi dan remeh... Nanti dah kena samun baru nak merungut.. Justeru itu, saya mengingatkan diri sendiri dan rakan basikal supaya beli pepper spray dua unit. Apsal beli lebih ? Yela yang satu lagi beli kasi kat aku laaa..

Sekian.. * sapa2 yang dah beli benda nie tolong habaq sat nak beli tang mana ?

9 ulasan:

pyan berkata...

ala mail ko amik je lada kt dapoq tu bancuh dgn ayaq boh dalam bekas yg hg spray masa gosok baju tu

theIRONMAN berkata...

hui.. mau buat terlupa pi minum mau air mata wooo... seram tuuu

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga benda ni untuk belasah kat penyamun tarbus. Belasah fizikal taklarat, nak juga tahu kat mana boleh dibeli....sesiapa yang terbisnes tu tolong habaq sebelum ditersamun. Pengalaman dah ada hari tu, tour sorang dari Batang Berjuntai ke Kuala Selangor.....tengah jalan ada 4 budak hitam macam ada hajat nak samun.....mujur kita baca ayat pelindung dan bawa kayu joran patah. Tak terjadi mereka nak samun. Jumpa lagi.

mynameiskoko berkata...

Kalau kat KL cari kat kedai hardware macam Ace Hardware.

theIRONMAN berkata...

basikal.. spray mata org tu.. pastu boleh belasah dia balik.. hahah

theIRONMAN berkata...

koko > rasa2 benda nie rm20 gak la.. tapi berbaloi la.. selamat.. boleh spray kat anjing wooo

Tanpa Nama berkata...

Rasa-rasanya ada terbaca benda ini kat blog mana entah....The Ironman kalau berani cuba tanya Amoi Penang (Jane Lim) dia semua tahu sampai cover kusyen pun dia promote. Geliga juga otak kau selain spray kat orang, kat anjing yang sewaktu dengannya pun boleh. Kalau macam itu aman damailah semua pembasikal tegar bermaharaja lela di jalan raya.

nazirul mubin berkata...

http://keliflora.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

saya ada menjual pepper spray yang amat berguna ini, sekiranya ada yang memerlukan sila maklumkan samada melalui sms 0125437720 atau e-mail moneycoin888@yahoo.com, saya juga boleh buat penghantaran melalui pos laju, dijamin sampai dalam masa 48 jam