Rabu, 21 Oktober 2009

KPLR 09 - Tahniah Penganjur


Sawadeekhap. Pom rak meuang thai.

Tahniah kepada kabinet KPLR 09. Kesungguhan tuan merancang, mengurus dan melaksanakan usaha ini memang hebat. Semoga KPLR 10 bakal menyusul.

GILA. Tu ja yang boleh digambarkan. Aku secara peribadi rasa puas dengan tahap kerahan kudrat semasa KPLR. Memang aku try pushing to the limit. Kiranya aku merasa semua tahap kelajuan rider. 35 - 38 kmj, 25 - 30 kmj, 7 kmj ( climbing wang kelian ) dan 20 - 25 kmj ( time ni aku mmg lapar. Asal jumpa siam jual buah ja aku nak berhenti beli ).


Kat bawah nie serba sedikit debaran, penderitaan, penyiksaan, kelaparan, kehausan, kepanasan, kepenatan dan #$>%^%^&&. Ha ha ha


Gambar kat atas nie time aku melalui Tol Sg Dua. Ramai sungguh nak balik kampung. Masing2 ada agenda sendiri, ada yang nak pi kenduri, nak buat kenduri, ada yang nak hampok buah nyoq tapi time nie aku yang paling " khun ba ". Dok saja2 nak pi kayuh masuk siam.


Rupanya ada jugak yang sama2 Khun Ba macam aku.
Sanggup meninggalkan keselesaan di rumah dan keenakkan berkeluarga semata - mata mencari susah memanjat WK dan jadi daging salai di bawah terik matahari. Baru sampai Gurun time nie.

From Left - Abg Ai & Madzli
Time nie kami singgah isi usus dulu. Usus panjang aku dah mula lapar.
Pekena roti canai dekat Nashmir Jitra. Pastu Madzli call Abg Ai. Mintak nasihat sikit.

















Tengah dok ragaih WK terserempak plak dengan Wa Mat XTR kita. Baru lepas layan WK.
Wa Mat apsal tak kayuh ke Songkla ?



Beratur macam nak pi mengundi.












E, Penang mai. hang jangan buat lece rider Penang.
Orang siam tak kirim buah salak ka?

240 km. Agak2 berapa banyak la lemak yg terbakar. Tapi rasanya lemak yang aku dok telan lagi banyak sebab lepas kayuh tu aku makan macam hantu. Dua hari lepas kayuh pun selera besar lagi. Sampai ada member tegur " hui, hang tak habih makan lagi. "

118 kmj ? Adakah aku pemegang rekod terbaru downhill WK ?
Adakah ini kelajuan semasa aku henjut dok ligan Toyota Commuter Siam ?
Ntah la. Meter aku jadi gila lepas masuk siam.


Khamis, 1 Oktober 2009

Pesanan Untuk Diri Sendiri

Tulisan ini sekadar untuk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi berdasarkan perbualan penulis dengan seorang individu yang penulis sendiri dah lupa siapa orangnya.
Senarai Bertitik Tumpu Khas
  • " Mail.. Hang nanti kalau masuk ke Thai untuk kayuh jangan pakai baju warna merah dah. Sebab baju merah untuk penyokong Thaksin & baju kuning untuk penyokong raja Thai."
  • " Hang ada pinjam PTPTN dak ? Kot sat lagi Imigresen tak lepas hang masuk Thai, susah plak. Jenuh menangis kat batu sempadan. "
  • Apa2 pun petang nie aku nak buat kayuhan Wake Me Up When September End. Hadyai punya pasai.

Isnin, 31 Ogos 2009

Isnin, 17 Ogos 2009

Kayuhan Sungkai - Kuala Kubu Bharu - Sungkai

Perkara : Kayuhan Sungkai - Kuala Kubu Bharu - Sungkai
Tarikh : 15 & 16 Ogos 2009
Mula Kayuhan : 6.45 Petang
Rider : 15 Orang


Ahmad Man
Alias Bidor
Ahmad Mayzian
Badrul Hisham
Badrul Hisham Jr.
Badrul Manan
Edy Manjung
Ismail Tk Intan
Kamal Japlawi
Madzli Manong
Madzli Manong Jr. Shahrul
Shahrul Jr.
Suhaimi Jaafar
Suzaimi Alias

Terima kasih pada En. Azmi Bin Asri ( Assakinah Cycling Club ) yang bersusah payah mencari dan menempah penginapan yang selesa di Rumah Rehat KKB. Jasa tuan amat saya hargai.

Terima kasih juga pada En. Badrul Hisham a.k.a. wak kerana bermurah hati menyediakan jamuan kepada semua peserta serta menguruskan tempat parkir untuk kenderaan peserta kayuhan.

Terima kasih pada SMK Sg. Kruit kerana membenarkan kami menggunakan parkir dan tandas sekolah.

Hari Pertama ( 15 Ogos 2009 )

Setelah sebulan merancang dan berurusan, akhirnya terlaksana Kayuhan Sungkai - Kuala Kubu Bharu - Sungkai 2009. Rider dijadual berkumpul di rumah Wak jam 1.30 petang untuk jamuan ringkas dan memulakan kayuhan pada jam 1500.

Namun kayuhan terpaksa bermula lewat kerana dua orang rider Slim River ditimpa musibah.
Shahrul & Shahrul Jr. telah disamun oleh tiga lelaki berusia sekitar 50an. Memandu kereta Honda Civic putih / Silver WRN 6398. Modes Operandi yang digunakan - berhentikan kereta di hadapan dan seorang akan berpura-pura kencing tepi jalan. Apabila rider sampai, mereka akan menangkap anak dan menyamun bapa. Harap rider lain berhati - hati dengan situasi seperti ini. Menurut polis, kemungkinan penjenayah ini sedang menuju ke sesuatu destinasi dan spontan merompak bila ada peluang di pertengahan jalan.

Selesai menguruskan kes Shahrul, baru semua rider memulakan kayuhan ke KKB. Shahrul & Shahrul Jr. menarik diri kerana masih trauma dengan malang yang menimpa. Jam 6.45 ptg baru kayuhan dimulakan. Sepanjang laluan Sungkai ke Tanjung Malim rider dijamu dengan anak - anak bukit yang lanjut, hujan renyai - renyai ( sekali sekala petir ) dan gelap malam. Rider memang dah dimaklumkan supaya membawa lampu jikalau terpaksa kayuh ketika cuaca gelap. Almaklum sejak seminggu dua yang lalu kawasan Sungkai asyik mengalami hujan petang.


Singgah makan malam kat Kolej Kediaman Aminurashid jam 10 Malam. Lepas perut dah berisi baru kami terus menuju ke rumah rehat di KKB. Check in dan terus tidur.

Hari kedua ( 16 Ogos 2009 )
Tepat jam 8 pagi, semua rider terus meninggalkan rumah rehat KKB. Kayuhan hari ni lancar tanpa masalah. Sepanjang kayuhan pulang, cuaca baik dan
rider terakhir sampai ( Ismail Tk Intan merangkap swipper ) jam 1 ptg. Alhamdulillah semua selamat. Kayuhan kali ni memang banyak memberikan ilmu baru. Terima kasih pada semua rider yang sudi meluangkan masa untuk bersusah payah di atas basikal berkayuh ke KKB. Sokong tuan amat bermakna bagi saya. Terima Kasih.




Aik.. gambar terbalik ?















Ahad, 9 Ogos 2009

MY MARKER TOO SEXY

XTVT : Kejohanan Paintball Piala SUK Negeri Perak
LOKASI : Teluk Muruh, Lumut
TARIKH : 8 & 9 Ogos 2009

Seminggu Sebelum Kejadian ( 2 Ogos 2009 )
Aku dapat mesej dari Pak Long " Ada ptandingan paintball, main dlm hutan. Aku dan sham nak kumpul team. 1 org Rm50. Lah ni ada 7 org. Perlu 12 org, 10 main 2 simpanan. 8hb ogos d teluk muruh, lumut. Minat ?
Lepas dapat mesej nie aku asyik terfikir ada masa ka nak pi main paintball. Nanti sangkut dengan kayuhan Antara Gapi plak. Tiga hari aku tak balas mesej tu. Lepas check dalam internet, confirm aku boleh join paintball. Baru aku reply mesej Pak Long. " Kalu masih ada kosong saya nak join paintball. Tq. Dua minit lepas tu terus Pak Long call cakap team baru ada 10 org. Cantik.

Hari Pertama 8 Ogos 2009
Time daftar aku tengok team lain semua pakaian ala tentera. Celoreng dari atas sampai bawah. Equipment pun lengkap. Bila tengok plak Team Dun Loong (team aku.. ) Pakai seluar ronda2, seluar trek, pastu 5 orang perempuan 7 orang lelaki. Team lain semua jantan gagah perkasa. hmmm jadi pasukan sayoyan ( sayur-sayuran ) laa.. kena ratah cicah ulam laa.
Jam 9 pagi Team Dun Loong masih kurang sorang. Kapten Pak Long last minit kena pi seminar plak. Aku sempat bergurau kat group aku " Pak Long harap muka ja ganas, tapi seminar pun tak boleh ponteng. Ha ha ha" Undi punya undi Team Dun Loong dalam group c.
C1 ~ Team Beret Hijoo ( Pejabat SUK )
C2 ~ lupa
C3 ~ lupa
C4 ~ Dun Loong
Team Dun Loong menang semua battle and terus jadi johan kumpulan.

Hari Kedua ( 9 Ogos 2009 )
Aku tak main. Terus ke Kayuhan Antara Gapi. Bila tiada kelibat jantan gagah perkosa Team Dun Loong telah dipandang rendah pihak lawan. Yela masing2 dok perasan kuat. Korang lupa yang badan korang tu besar senang nampak bila sembunyi kat belakang pokok. Separuh akhir Team Dun Loong menang. Musuh kecewa kalah dengan satu-satunya team yang ada member wanita. Lepas battle diaorang terus sedekahkan pallet yang ada untuk kami. Tq bro. Tapi jangan kacau aweks Team Dun Loong arr.
Final Team Dun Loong Vs Team SUK B.
Result ???? Jeng..jejengggg..Kat bawah nie sedikit gambar semasa kejadian.


Taklimat dan bacaan doa selamat. Hampa jangan tembak sarang pembiakan aku.
Masih suci belum guna lagi oiii.

Start dari brother baju coklat sampai ke belakang. Team Dun Loong. Kat belakang tu ada 4 gadis jelitawan. Sanggup berbirat badan kena tembak. 1 awek lagi belum sampai.

Hui.. Pakaian dah macam tentera. Mampuih aku kena tembak dengan depa. Mau lunyai badan.

Gaya jantan gagah perkosa. Muka sebelum kejadian. Kat belakang tu Team Dun Loong tengah merancang. Aku kena jadi pengebom berani mati.

Pak Long tengah rancang nak serang guna taktik isreal.
Kita masuk kawasan musuh, cari banker / pokok dan berperang dalam kawasan musuh.
Rampas dulu kawasan bendera musuh. Sham dengan aku jadi snipper. Bila battle masuk minit ke enam korang terus lari ikut tepi2 and serang dari belakang musuh.
* Kat kanan tu aweks Team Dun Loong

Bukti kena tembak. Tapi selaku penyerang berani mati, aku buat2 tak sakit.

Ramai yang over confident boleh "makan" Team Dun Loong. Kononnya separuh player adalah aweks. Lepas battle baru korang tau yang Team Dun Loong letak aweks tu sebagai dummy ja. Jantan yang gagah perkosa akan serang dari belakang musuh. Tapi JANGAN MAIN BELAKANG ARRR..

Rabu, 5 Ogos 2009

Tahniah Crew Kedah Jamboree

Syabas dan tahniah pada YSB dan team yang bertungkus lumus menjayakan Kedah Jamboree.. Aku join sebagai crew untuk jamboree kali nie. Memang best dapat jumpa rider2 dari seluruh Malaysia.

Kat bawah nie sedikit review aku tentang Kedah Jamboree.

Rumusan aku :

1. Trek
Dari komen rider2 memang puas dapat layan trek yang menyajikan
keseronokkan climbing. Mungkin ada yang sanggup nak pinjam
lubang hidung kawan2 untuk bernafas. Penat lelah panjat trek balak
memang berbaloi sebab ganjaran DH yang mengghairahkan sampai ada
yang cakap "time DH aku memang tak bagi peluang. Memang layan "

2. Water Station
Mana2 rider yang sampai kat check point 3 akan dibekalkan dengan
air mineral + 100 Plus + pisang + rambutan. Sampai pukul 1 petang
minuman kat situ masih banyak. Buah pisang dan rambutan pun tak habis dimakan.
So aku terpaksa la membaham semua buah yang masih tinggal..

3. Goodies
Masih ada ruang untuk penganjur perbaiki. Aku secara peribadi tak kisah sangat pasal goodies
asalkan penganjur sediakan trek yang boleh memuaskan nafsu syahwat rider. Kalu aku yang
kayuh hari tu, perkara pertama yang aku nak mestilah trek yang cukup asam garam MTB.

Kepada rider yang Kuat >
Tahniah. Anda berjaya menakluki trek jamboree. Tahun depan aku pun nak kayuh.

Kepada rider yang Sederhana >
Jom kita sama2 prepare diri sebelum menyertai Jamboree. Dalam setiap jamboree memang kena ada climbing yang tinggi supaya kita dapat layan DH yang setimpal.
Nanti DH macam turun busut korang merungut plak.

Kepada rider yang kurang persediaan >
Jamboree MTB nie seperti nak pergi berperang.
Kalau jentera canggih tetapi askarnya kurang bersedia mesti kalah..
Basikal ribu2 pun kalau penunggangnya OKU
( Orang Kurang Usaha ) memang akan banyak merungut time climbing.

Apa - apa pun memetik satu mesej yang aku dapat dulu
( lupa ayat nie sapa punya ) " MTB nie memang memenatkan,
teruk dan seksa. Ibarat perempuan sakit nak bersalin.
Setahun dua lepas tu mengandung plak.
" Seksa macam mana pun bila dengar ada jamboree mesti nak join.

Gambar nie time first rider sampai untuk masuk offroad dusun Hjh. Norsiah



Abg Ron memang steady. Imej touring memang terserlah.

Razif Baling dgn Udin Hawk MTB. Yang lain tak sempat snap sebab laju sangat. Kamera aku macam siput.

Odd.. aku kat sini laa

Cikgu Fikri tengah tunggu Abg Ron.

Jeng..jejeengggg.. Abg Ron sampai ja terus aku bagi sticker check point 3.
Comelfz pun segera menghulurkan pisangnya.

Fuad RCT. Awat hang tak kayuh dengan geng RCT.
Hang tinggal depa ka depa yang tertinggal hang..

Orang kuat KHT. No plate aku pun tak jauh dengan hang. 110.

Burger Team Call Baru P

Jan Team Hawk MTB.

Chan NXT. Lama kita tak pi cari susah kat ataih Bukit Kodiang tu. Bila nak pi rabat lagi ?


Aku memang seronok tengok hang dah boleh racun bini join MTB.
Kayuh untuk kesihatan.

Tahniah kepada Adi Harriman, LonTruth dan rakan crew KJ. Anda dah melakukan penganjuran yang hebat.

Rabu, 29 Julai 2009

Jamboree Kedah


Mai oi mai cek mai.. kita ke negeri kedah..
mai oi bagi gramai.. jamu nasik kawah..

...naik kapai terebang.. turun kepala bataih..
...makan toksah bimbang..kami banyak beraih..

ikut lebuh raya..teruih ke Kayu Hitam..
jaga cek oi jaga..kereta menerhu nerang..

Nanti jumaat ptg time drive balik ke Perlis untuk Jamboree Kedah tu boleh la layan lagu nie.

Kepada rider dari luar Kedah yang kurang arif lokasi jamboree tu boleh ikut lirik lagu kat atas. Kalau dari arah selatan ikut lebuh raya terus ke Jitra. Sehingga plaza tol yang last sekali. Kat sebelah kanan ada tasik dan kanopi putih. Turun highway terus ke tasik tu. Tempat starting Jamboree Kedah.