Khamis, 14 Oktober 2010

18 TING TONG di Bukit Kera

OFFROAD BUKIT KERA
Tarikh : 14 OKT 2010
Rider : 18 ting tong









Tahniah pada 18 ahli Tebuan Riderz yang telah meninggalkan keselesaan di habitat masing - masing untuk mencari penat di Bukit Kera.

Menjemput rakan rider sekitar Parit Buntar / Bandar Baharu / Nibong Tebal untuk sama - sama menikmati offroad dengan Tebuan Riderz.

Khamis, 22 Julai 2010

Akibat Dedah Aurat - Akhirnya Dirakusi 17 Lelaki


N

IBONG TEBAL - Tindakan mendedahkan aurat oleh penduduk di kawasan Nibong Tebal dan Parit Buntar akhirnya mengundang padah apabila dirakusi oleh 17 lelaki.

Dalam kejadian sekitar jam 6 - 7 petang pada 22 Julai 2010 sekumpulan lelaki dianggarkan 17 orang telah memasuki kawasan kelapa sawit Bukit Tebuan. Kumpulan lelaki ini dipercayai telah kerap melakukan aktiviti mereka di kawasan Bukit Tebuan. Modes operandi kumpulan ini ialah bergerak di waktu petang ketika pekerja ladang kelapa sawit telah pulang.

Difahamkan mereka ini adalah sekumpulan lelaki berbasikal MTB telah merakusi laluan yang dipercayai bakal digunakan untuk Nibong Tebal MTB Adventure 2010 Darjah Dua. Melalui cerita yang didedahkan oleh Azahari Gerek Gunung ( Frame Giant 2010 ) dan Halim Bianchi Putih ( Kini Corratec ) E dan lim (bukan nama sebenar ), kawasan ini sering menjadi tempat mereka melempiaskan nafsu syahwat MTB jika mereka tidak berkayuh di kawasan bukit 300 kaki.

Menurut penduduk yang menyaksikan kegiatan ini, mereka percaya akan berlaku satu lagi aktiviti besar – besaran di kawasan mereka yakni NT MTBA 2010 Darjah Dua. Sehubungan dengan itu, mereka telah bersedia dengan semua kelengkapan dan persediaan rapi untuk membuka gerai minuman sekiranya terdapat peserta yang kehausan.

Setelah siasatan dijalankan, akhirnya terbukti tiada aktiviti yang menyalahi undang – undang oleh kumpulan lelaki ini. Di bawah ini disertakan gambar (aksi exotic? ) kumpulan lelaki ini yang menodai trek NT MTBA 2010 Darjah Dua.



Ahad, 18 Julai 2010

Homestay Untuk Peserta NT MTBA 2010


Lebih kurang 5 km dari USM.


Kurang 1 km dari USM


Kurang 1 km dari USM


Kurang 1 km dari USM


Kurang 1 km dari USM.




Paparan ini tiada kena mengena dengan Pihak Penganjur NT MTBA 2010.
Sekadar rasa ingin membantu rakan mtb yang datang dari jauh untuk menyertai NT MTBA 2010.

Rabu, 24 Mac 2010

RUN 10 - Jangan Memuji - Sekadar Chicken Loop


Tinggal kami ja yang last. Ada rider lelaki yang naik pick up.
Malas la aku nak ambik gambar. Saja tutup aib depa.

gambar dari koleksi chaq lan
" Jangan memuji - sekadar chicken loop "
" Kita kayuh ja slow2. Nanti sampai highway kita short cut la.. "
tu lah ayat psiko yang aku bagi kat b1n1 aku. Harap lepas nie kita tak jadi penyapu trak jamboree dah.. haha
Geram ja tengok rider lain sampai finishing semuanya dapat gold medal. Aku ja yang lepas garisan penamat tak dapat apa - apa.
Tapi objektif aku join RUN 10 dah tercapai. Hasrat nak racun bini menyertai RUN 10 berkesan. Tu pun dah kira satu kemenangan besar untuk aku. Tak kisah la tak dapat medal. Janji racun cap kerusi malas dah menjadi.
Lepas RUN 10, bini aku dah sanggup melaburkan modal permulaan RM 500 bagi membeli saddle touring untuk female + seluar basikal.

Rabu, 10 Mac 2010

Jom Serbu RUN 10

Awas!! Ancaman suhu panas di Perlis bisa menewaskan anda. Cuaca kering dan berangin mampu meruntuhkan moral dan menambah cabaran kepada pengayuh. Senang cerita spare face mask satu. Bahang panas dan kering yang melampau boleh menyukarkan pernafasan ( org kata hidung kering ). Seiring dengan itu, saya mengingatkan diri dan rakan supaya menyediakan face mask untuk RUN10 ( kot2 perlu )

Rabu, 24 Februari 2010

Sri Iskandar.. Tolak + Panas = Padan Muka

Sampai ke saat aku mengupload blog nie badan masih ada rasa letih dan kering.. Tu dia penangan Sri Iskandar Jamboree. . Sejak awal memang aku dah niat untuk kayuh dari belakang. Nak rasa macam mana kayuh jadi penyapu. Kira nie persediaan untuk RUN 10.

7.3++ pagi terus berlepas. Time nie terus aku teringat saat berpeluang menjadi water resque untuk Ironman Langkawi 2004. Naik kayak tunggu kot2 ada org krem dalam air. Penganjur tembak bunga api untuk perlepasan. Mungkin RUN 10 boleh buat macam tu.

Bila sampai Sri Iskandar terus aku teringat ayat pedas mak aku..
"Hang nie la.. kayuh gerek jauh2 larat.. tengah panas pun kuat.
tapi nak naik moto pi jemaah kat masjid pun slow". Aku faham
mesej yang dia nak sampaikan..


Ajis tengah cover perut ka ?





Pyan.. nanti ada rezeki kita kayuh RUN 10 plak..
Hidup Perlis. hang ajak cikgu Kajai turun sekali.

Wakil KHT kena jawab. Awat hampa tinggai dia kayuh sorang2.
Nyaris2 nak mintak berpaut pada kereta polis. Haha

Sapa la orang kat bawah tu.. naik bukit pun tolak basikal.. turun bukit pun tolak basikal..


Geng MCT. Hampa tengok trek mana yang sampai tersesat tu.. haha

Terima kasih Abg Azmi Assakinah kerana bantu saya tahun lepas.
Jasa baik Tuan amat saya hargai..

Nasir wakil team Norco, Mael wakil team Merida.

Tahniah Pak Nasir dan penganjur. Jamboree Sri Iskandar akhirnya terlaksana. Teringat masa aku kayuh serlow2 kat Teluk Intan. Pak Nasir naik moto datang tegur.

Terima kasih tidak terhingga pada En. Madzli yang menyediakan penginapan.




Selasa, 19 Januari 2010

Kursus Penyelenggaraan Basikal MTB / RB.

Jamboree.. Jamboree..Jamboree..

Aku malas nak cerita pasal jamboree.. Cuma aku nak berkongsi idea tentang satu projek lain yang boleh dilaksanakan oleh group MTB untuk menambahkan dana / akaun kelab. Untungnya mungkin tak banyak macam Jamboree Tepengggg..

Aku cadangkan mana2 group MTB / individu menganjurkan kursus penyelenggaraan MTB / RB. Kursus dengan durasi 1 hari. Panggil mekanik yang betui2 ada tauliah. Bukan pomen kedai basikal Ling Kup Kau. Mesti sambutan hangat. Dalam 600 - 800 Rider yang masuk jamboree.. mesti ada rider yang sifar pengetahuan tentang selenggara basikal. Termasuklah aku.
  • kursus selenggara. ( bagaimana memasang menjadi sebuah basikal, memasang fork dan crank dan lain2 yang difikirkan wajar )

  • kursus selenggara lanjutan. ( Bagaimana servis fork, setting gear dan lain2 yang difikirkan wajar )

Guna konsep macam PIKOM PC FAIR ( jika sesuai ) iaitu penganjur mengadakan kursus di dewan / tempat yang dekat dengan golongan sasaran.

Saiz kursus sesuai sekadar 30 orang peserta. Kalau lebih kena ramaikan tenaga pengajar.

Bayaran seperti jamboree. RM 50 cukup!!!!!!!

Aku harap ada pihak yang sudi tampil melaksanakan kursus ini..

Sekian.